Belajar SEO, Mampukah Saya Mendapatkan ranking 1?
Salah seorang warga Wangcyber telah menganjurkan pertandingan Search Engine Optimization (SEO) di mana sesiapa yang mendapat tempat pertama apabila pengguna Google menaip perkataan Belajar SEO, akan mendapat ganjaran seperti berikut:
Hadiah Cabaran “Belajar SEO” :
1) Tempat Pertama akan menerima wang tunai sebanyak RM100, EBook Terbaru TeknikSEO dan 1 Blog Dot Com Percuma (Percuma 1 Tahun Domain + 10GB Space[1ftp account] + Unmetered bandwidth + 1 Mysql db).
2) Tempat Kedua akan menerima wang tunai RM60, Diskaun Pembelian Ebook TeknikSEO sebanyak 50% dan 1 akaun ftp (10GB Space + Unmetered bandwidth + 1 Mysql db).
3) Tempat ketiga akan menerima wang tunai RM40, Diskaun Pembelian Ebook TeknikSEO sebanyak 30% dan 1 akaun ftp (5GB Space + Unmetered bandwidth + 1 Mysql db).
Pada asalnya saya tidak mahu menyertainya kerana bagi saya ia bagaikan satu “batu loncatan” kepada penganjur untuk mendapat untung setelah produk mereka, kerana sebagai peserta, saya perlu memasukkan link ke http://www.teknikSEO.com. Mereka mendapat lead-in ke mailing list mereka tanpa memberikan saya apa-apa? Mana boleh macam ni. Tapi kerana terdapat program affiliate, maka saya kira ianya berbaloi (kot) dengan usaha saya.
Pertandingan ini dimulakan pada 16 Jun lalu dan akan berakhir pada 16 Julai 2008.
Tujuan Utama Saya Menyertainya - Belajar SEO
Tujuan asal saya ingin menyertai pertandingan ini adalah untuk mempraktikkan segala ilmu SEO yang telah saya pelajari termasuk plugins-plugins wordpress yang telah diguna pakai. Jika apa yang diajar kepada saya dalam belajar seo ini adalah benar, maka secara praktikallnya saya mampu sekurang-kurangnya mendapat 10 ranking pertama dalam keyword “belajar seo”
Kenapa SEO Penting?
SEO atau Search Engine Optimization adalah langkah-langkah untuk memastikan laman web dan blog anda senang dijumpai dan disenaraikan di papan utama (huh?) carian Google dan seumpamanya. Ia penting memandangkan sumber utama dan old school pelawat web melawat blog anda adalah search engine/Enjin Carian seperti Google, Yahoo, MSN. Nah, anda sendiri pun mesti gunakan Google atau Yahoo untuk mencari sesuatu bukan?
Saya pernah menulis bagaimana komen dapat membantu meningkatkan SEO beserta perisian terbabit utuk mendapatkan banklink, iaitu link ke web anda selepas anda meninggalkan komen di blog terbabit. Teknik SEO boleh dikategorikan sebagai Black Hat, White Hat dan Grey Hat.
Saya belajar SEO pun kerana saya dengar dan setuju bahawa SEO dapat meningkatkan Jualan Affiliate, Adsense, mahupun servis web anda kerana teknik ini adalah lebih kepada mendapatkan trafik.
Analoginya kenapa perlu belajar SEOnya mudah:
Trafik dari Search Engine -> Laman Web untun wang adsense, Affiliate dan Servis Anda -> TIngkatkan Jualan!
Ranking pertama di Search Engine (SE) akan memberikan anda kelebihan kerana pencari akan pasti melihat web blog anda terlebih dahulu berbanding blog yang lain.
Belajar SEO dengan Teknik SEO
Mungkin ebook Teknik SEO dapat membantu anda?
Rujukan lain:
Why SEO should be important to you
Why SEO is critical to your website’s online marketing success

Belajar Teknik SEO disini. Lebih pantas dan menjimatkan masa dari belajar sendiri

Welcome to Rajablog.info from Ramzan! I graduated in Information Technology from UTP and now working as Programmer and Technical Director

Jun 25th, 2008 at 5:03 pm
[...] dah siap satu post : Belajar SEO dan Teknik SEO, Mendapat ranking 1 selepas belajar SEO? | RajaBLog.info Thanks gmos __________________ Semoga Allah Memberkati UsahaMu… Panduan PERCUMA Wordpress. [...]
Jun 30th, 2008 at 3:47 pm
meh sini kita belajar seo sampai pandai
[Reply]
Jul 2nd, 2008 at 3:51 pm
[...] ramzwatcher on July 2nd, 2008 Saya telah menyertai pertandingan SEO dari wangcyber namun artikel yang dihasilkan tidak kelihatan di laman utama blog pun! Jauh panggang dari api :P [...]
Jul 4th, 2008 at 10:58 am
is this the post u r using in the contest
good luck bro, semoga berjaya …. memintas aku :)
[Reply]
Jul 4th, 2008 at 2:36 pm
Haha..mustahil..mustahil (ala ala iklan celcom yang kene keluar ngan berok)…haha
[Reply]
Sep 23rd, 2008 at 1:01 pm
Memang pening belajar SEO nih,tapi macam mana pulak dengan video marketing??!!!!!
untungatasangins last blog post..Apa itu Google Adsense?(Google Adsense)
[Reply]