Anda Berada di > Muka Utama / Bahasa Melayu, Buat Duit, berita rajablog / Bagus ke konsep baru Rajablog? - Blog Rasmi RajaBlog.info

Bagus ke konsep baru Rajablog?

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Saya masih ingat ketika memulakan blog ini (blog pertama saya) yang menggunakan template yang menggunakan header keris dan berlatar belakangkan warna putih dengan warna oren di bahagian bawah. Bila melihat template tersebut, saya rasa “oh, hudohnya!” sambil senyum kambing sorang-sorang. Im not mad ok, tapi itu satu memori untuk blog ini. Pada masa tersebut saya hanya mensasarkan pembaca dari Malaysia yang berbincang mengenai wordpress, blogspot dan pelbagai hal teknikal lain termasuk membuat sedikit duit dari blog. Namun setelah genap setahun, saya ingin menambah cabaran dan keyakinan diri dengan menulis dalam bahasa Inggeris pula.

Sebenarnya sudah agak lama saya mahu menulis dalam Bahasa Inggeris tetapi saya batalkan kerana ingin menumpukan rajablog hanya untuk pembaca melayu/malaysia sahaja. Selain itu, blog ini adalah blog yang paling saya sukai dan menjadi satu kemestian untuk menulis.

Terdapat 6 cabaran dalam menyiapkan Rajablog.info kepada versi bahasa Melayu dan Inggeris iaitu:

1. Perlukan Ubahan Template
Saya tidak suka mencampur adukkan post dengan selang seli manakala lebih menyukai pembahagian dalam ruangan template seperti yang ada sekarang. 1 ruang bahasa Inggeris dan 1 ruang bahasa Malaysia.

2. Translator

Saya mahu menghasilkan post dalam dwibahasa dan ini memerlukan kerja penterjemahan. Alhamdullilah, DikMal telah memberikan saya cadangan menggunakan website www.citcat.com dan setelah mencubanya, saya rasa sangat beruntung! Kerja saya lebih mudah walaupun translator tersebut tidak begitu tepat dari segi susunannya (ia boleh dilakukan dengan mudah selepas itu). Thanks DikMal :D

3. Video Released

Saya mempunyai koleksi video terbitan sendiri yang mahu diupload ke youtube dan galeri video Rajablog (akan datang).
Syukur pada Allah sebab saya telah menjumpai WeShow.com (sila baca review saya disini) dan ia sememangnya fungsi yang saya idamkan.

4. Pendapat Rakan bloggers dan pelawat
Saya perasan tiada komen disini (lebih kurang 2 hari). Tidak tahu apa yang tak kena, namun mungkin kerana rakan bloggers yang lain tidak menyukai perubahan pada rajablog sekarang? Ia masih menjadi tanda tanya.

5. Pengiklanan di Rajablog.info

Saya akan mencuba program Google Adsense, Text Link Ads(TLA), Payperpost dan review me namun ia membuatkan saya terfikir, adakah pihak pengiklan akan menerima blog saya, yang menggunakan konsep berlainan: mempunyai dwibahasa. Adakah blog saya akan dikira English Blog atau Non-English blog oleh mereka. Apa pun, saya akan tetap mencuba.

6. Pendapat dari pelawat worldwide.
Saya akan melawat blog Inggeris namun apa yang akan mereka fikirkan? Adakah mereka akan menerima Rajablog.info dan tidak menggangap ianya sebagai aneh? Apa pun saya sangat gembira sebab saya akan mampu berinteraksi dengan problogger seperti DarrenRowse dan Herald sekurang-kurangnya.

Entri Berkaitan

  • Tiada Entri Berkaitan

4 Responses to “Bagus ke konsep baru Rajablog?”

  1. Secara peribadi, saya rasa takde masalah. Org Malaysia boleh paham, dan yg lain2 pun boleh paham

    Berkenaan komen tuh, ntah2 something wrong dgn spam filter kot?

    [Reply]

  2. hurm..tak tahulah, spam filter ok jer, hehehe

    [Reply]

  3. wah..dah jadi dwibahasa…tahniah bro.. :D

    [Reply]

    ramzwatcher Reply:

    thanks bro utk ucapan tu. Moga-moga kita makin maju kehadapan, InsyaAllah.

    [Reply]

Leave a Reply

You can use these XHTML tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <blockquote cite=""> <code> <em> <strong>