Bagaimana Mengesan Keberkesanan Promosi Anda?

Assalamualaikum wbt

Adakah anda pernah melakukan sebarang promosi dan adakah anda dapat mengesan berapa orang yang klik dan ambil tahu mengenai perkara tersebut?

Semalam semasa melancarkan majalah M-Blogger saya terfikir bagaimana saya dapat mengesan iklan saya dengan lebih efektif?

Macam mana saya nak tau kalau saya iklan di sekian-sekian tempat, inilah hasilnya? Jika saya leburkan Rm 20 untuk letakkan iklan disatu tempat, ia memang berkesan?

Sebelumnya..

Sebelum ini saya pernah mencuba menggunakan script php yang ditulis sendiri, yang dipelajari di forum www.code-head.com tetapi malangnya ia amat melecehkan. Saya perlu login ke cpanel dan membuka file tersebut setiap kali ingin menambah link baru.

Sekarang..
Jadi semalam saya telah google sedikit mana-mana script yang senang dan terjumpa script Click Counter Duluxe 2.4[klik untuk download]

Apa yang anda perlukan?

1. Anda perlu mempunyai hosting yang boleh run php kerana script ini akan diinstall ke dalam hosting anda sebelum dapat digunakan.

2. Database anda tanpa space limit. Kenapa tanpa limit? Ia makan space banyak sangat ka? Hurm..saya risau anda akan guna banyak kali script ni dan ia akan senantisa simpan data mengenai ip orang yang klik supaya ia tidak bertindan(hanya ip baru sahaja).

Ini adalah rupa bahagian adminnya. Ringkas tapi cukup untuk memberikan maklumat.

click_counter_sekarang.thumbnail Bagaimana Mengesan Keberkesanan Promosi Anda?[klik untuk besarkan]

Cara Instalasi adalah mudah cuma url untuk diletakkan bila dah siap (untuk promosi) tu agak panjang seperti ini:

http://www.rajablog.info/majalah/counter/index.php?cid=campaign1&xrl
=http://www.rajablog.info/majalah/m-blogger_01.zip

tapi nak ubah kesan campaign dari mana senang sebab hanya tukar cid=kempen tu kat mana. Katakan anda promote kat rajablog.info, kat ruangan iklan, maka jadilah ia macam nie:

http://www.rajablog.info/majalah/counter/index.php?cid=iklandirajablog&xrl=
http://www.alamat dituju.com

Baiklah, selesai review dan tips hari ni. Anda ada rasa nak trace tak iklan and keberkesanan promosi anda seperti signiture, iklan berbayar dan sebagainya? Kalau ya, boleh cuba guna software ni.

Entri Berkaitan

  • Tiada Entri Berkaitan

13 Responses to “Bagaimana Mengesan Keberkesanan Promosi Anda?”

Leave a Reply