Bagaimana Memilih Hosting? [bahagian-1]
Assalamulaikum wbt
Apa khabar readers rajablog.info? Hari ini saya mahu berkongsi tips atau pandangan saya mengenai “how to choose a hosting”. Topik ini saya pilih untuk menjawab pertanyaan salah seorang reader Rajablog.info
Dalam memilih hosting, beberapa faktor perlu difikirkan antaranya harga, domain name, space, dimana syarikat itu berasal, fungsi-fungsi dan paling penting perkara tricky oleh hosting provider. Ianya akan diterangkan agak terperinci seperti dibawah:
Harga
Setiap hosting menawarkan space yang berbeza dan ini membuatkan anda susah membuat perbandingan, mana yang lebih murah dan save duit anda. Katakan hosting A menawarkan 1000MB space pada harga RM 90 dan hosting B menawarkan 2500MB pada harga RM240. Pengiraan agak sukar dilakukan kerana space yang berbeza. Ditambah pula anda bandingkan dengan 3 atau 4 hosting yang lain, tak ke pening kepala?
Penyelesaian: Ambil kertas dan buka calculator di computer anda. Bahagiakan antara space dan harga yang ditawarkan, bererti anda akan mendapat harga setiap 1MB. So lagi senang anda untuk buat perbandingan!
Berapa banyak space?
Satu lagi masalah penting yang berkaitan dengan harga adalah berapa banyak space hosting yang diperlukan?
?Saya nak bukak banyak website. Mesti besar spacenya..?
Jika itu tanggapan anda, ternyata anda silap. Satu hosting boleh dimasukkan banyak domain name, bererti banyak website berlainan nama domain.
Analogi yang mampu saya fikirkan adalah anggap sahaja anda membeli satu bagunan rumah kedai, terdapat beberapa kedai dan itulah web atau domain anda. Jika kos satu bebanan untuk anda tapi mahukan banyak website, fungsi ini sangat berguna dan ianya dipanggil add-on domain.
Beza Add-on domain dan Subdomain.
Add on domain seperti yang dijelaskan sebelumnya bererti domain name yang ditambah pada hosting sedia ada manakala subdomain adalah anak atau sub kepada domain. Hurm..saya berikan contoh lagi senang:
Contoh add on domain
Hosting asal untuk: http://www.rajablog.info manakala add domain adalah http://www.myanimeonline.com. Blog anime tersebut telah dihostkan pada satu tempat tetapi user tidak tahu menahu pun tentang tersebut.
Contoh Subdomain
http://www.rajablog.info
http://blog.rajablog.info
Sub domain berasal dari satu domain name, seperti contoh diatas rajablog.info. Sub domain tersebut adalah blog.rajablog.info. User akan tahu bahawa ianya adalah sub domain.
Apa gunanya add on dan subdomain?
?Ianya menggunakan url berlainan, so cukup je lah satu domain. Letak dalam subdomain aje?
Jika anda mahu membuat internet-business, anda dinasihatkan menggunakan add on domain berbanding domain kerana anda kan berbisnes. Takkan berbisnes pun kerek? Nampak kurang professional lah, kecuali sub domain tu sebagai tambahan seperti forum untuk web utama atau seumpamanya..
Membeli domain name
Domain name seelok-eloknya dibeli dari domain name register sendiri seperti namecheap.com, kerana jika anda membeli dari hosting company, terdapat beberapa masalah yang akan timbul seperti susah menukarkan dns server anda untuk kegunakan masa depan. Katakan anda ingin menukar hosting kerana servis mereka tak elok, maka anda terpaksa berurusan dengan mereka dan memberitahu tujuan anda. Well, agak susah untuk mereka lepaskan anda. Bersesi soal jawab atau feedback form dululah jawabnya.
Rasanya cukup dulu untuk hari ini, post seterusnya kita akan bincang factor lain ketika membeli hosting dan jika anda ada soalan, jangan malu bertanya. Dan kepada yang lebih arif, jangan lupa share apa yang anda fikir dan tahu. Kita akan sama-sama belajar.
Salam Blogging,
Mohd Ramzan Rozali
Fouder Rajablog.info

Welcome to Rajablog.info from Ramzan! I am Information Technology Student of UTP that loves to blog and learn how to maximize the usage


Feb 16th, 2008 at 11:46 am
Ramz … Tertag pula.. Sorilah.. Kalau sudi rajin2 lah balas..
http://ligakampung.com/blog/2008/02/16/8-perkara-menarik-mengenai-zool/
zool’s last blog post..8 Perkara Menarik Mengenai Zool
[Reply]
Feb 18th, 2008 at 4:28 pm
Baru baca post ramz.. ops nampaknya saya telah silap sebab terbeli hosting sekali untuk domain mangatoread.com ( masih terbengkalai )…
mungkin banyak lagi perlu dipelajari.. nanti saya akan bertanya dengan ramz lagi
zool’s last blog post..8 Perkara Menarik Mengenai Zool
[Reply]