Bagaimana Berkongsi Statistik Weblog dengan orang lain?
Jika anda berkongsi blog dengan orang lain, pasti mereka akan bertanya: “Macam mana dengan trafik? Ok tak? Boleh share tak?”
So anda terus login ke cpanel anda dan mendapatkan statistik dari Awstat dan copy maklumat tersebut dan berikan kepada beliau. Semiggu seterusnya anda ditanya lagi; “boleh tak share statistik trafik minggu ni? Aku nak tau la marketing aku last week jadi ke tak….”
Anda pun terus login ke cpanel dan memberikan data yang diperlukan dan begitulah seterusnya hingga…
Anda mengetahui cara berkongsi statistik weblog dengan menggunakan Google Analytics ;) (disertakan tutorial bergambar setelah bacaan selanjutnya)
Google analytics membolehkan anda berkongsi statistik dengan rakan blogger atau sesiapa yang anda mahukan kerana ia mampu memberikan akses kepada mereka untuk melihat sendiri statistik berkenaan. Tak lagi perlu menyusahkan anda hanya kerana mereka ingin melihat statistik berkenaan.
Sharing is caring…
“Tak payah share lah Ramzan, biar jelah mereka tak tau..”
Jika anda berkongsi blog dengan seseorang, anda wajar berkongsi sama trafik kerana ia akan memberikan mereka motivasi bila ada peningkatan dan memberitahu sama ada tindakan mereka seperti memberikan komen, mendapatkan link exchange dan seumpamanya sebenar-benarnya berkesan. Jadi perkongsian statistik adalah perlu dan Google Analytics sangat efisyen untuk tugas ini.
Cara memberikan akses kepada rakan kongsi
Baiklah, kita teruskan kepada cara-cara memberikan akses kepada rakan anda iaitu:
1. Klik Access Manager di bahagian bawah dashboard anda setelah login

2. Klik pada Add User

3. Isikan email rakan anda
4. Isikan last name dan first name mereka

5. Klik pada blog yang mahu dikongsi statistik dan klik add

6. Klik Finish

Email akan dihantar untuk memberikan mereka maklumat akses statistik berkenaan.
Selamat mencuba dan jika artikel ini bermanfaat untuk anda, jangan lupa langgan rss dan bookmark di social bookmarking pilihan anda untuk kegunaan masa hadapan, bila anda mempunyai rakan kongsi blog.

Welcome to Rajablog.info from Ramzan! I am Information Technology Student of UTP that loves to blog and learn how to maximize the usage


Jan 27th, 2008 at 10:47 pm
Lama tak singgah sini…..,
Oh boleh sharing rupanya data analytics…
Ingat untuk pengguna sahaja,..
zool’s last blog post..FA Cup..26/01/2008
[Reply]