Apakah Yang Boleh Dilakukan…
geram juga dengar lcf cerita duit dari blog lagi banyak dari duit makan gaji.
aku tetap buat blog melayu kalau kita tak buat siapa lagi ? duit
masuk tu cerita lain yg penting kepuasan. kalau kira banyak orang buat
software tapi bagi free.ada blog sendiri bebas tulis apa saja.
komen dari JKY 8888
Saya amat tertarik dengan komen dari saudara ini.
Saya sering terfikir bagaimana saya boleh membantu meningkatkan blogsphere Malaysia supaya lebih rancak, berinformasi dan professional dan saya pun mahu jadi salah seorang dari nya tanpa mengabaikan Bahasa Malaysia.
Berdasarkan pengalaman saya, Senario blogging di Malaysia semakin rancak sejak bulan 6 tahun lepas, dengan kebangkitan jualan ebook rajaadsense oleh saudara shamsuriyadi di http://rajaadsense.com. Sekurang-kurangnya hampir 400 orang yang membeli ebook beliau. Bayangkan setiap seorang buat 1 blog dan saya percaya sorang tu bukan buat 1 aje..
Dan beberapa bulan setelah itu, Malaysia telahpun dimasukkan dalam senarai antara bloggers yang ramai. Kan dah hebat tu?
Semuanya berpaksikan adsense sebagai punca pendapatan utama. Tapi berapa ramai yang sebenarnya reti menggunakan teknologi, peralatan dan sebagainya?
Berapa ramai yang menggunakan technorati untuk mencari maklumat dari blog? berapa ramai yang mengetahui untuk subscribe rss dari blog? Berapa ramai yang mahu membuat iklan di blog orang lain? Semuanya menjadi tanda tanya….
“Alah, tadak benda tu pun no hal punyalah…blog tetap camtu jugak..”
Untuk menjadikan blogsphere di Malaysia setaraf dengan blog antarabangsa, saya percaya kita harus bersama-sama menyumbangkan sesuatu. Bloggers kita ramai, tapi bagaimana kita mahu menjadikan blog sebagai satu bidang pekerjaan sama seperti web master. Jika dulu, webmaster tidak akan dikenali orang tapi skarang atleast kalau bagitau “buat laman web” kepada mak cik, pasti makcik tu akan tau serba sedikit.
Tapi mungkin kalau cakap “saya seorang blogger professional”.. keh keh keh..pastilah makcik tu jadi binggung. “Dasar Goblok” teringat mak cik tersebut akan cerita Indon yang ditontonnya sekurang-kurangnya 5 hari seminggu tu..
Banyak persoalan yang difikirkan tapi masih belum dapat di rungkaikan atau disusun dengan lebih baik..
biarkan ia dulu…
Powered by ScribeFire.
memang betul… masih ramai yang tidak tahu apa itu “blog”. Bila saya tanya, kebanyakannya jawab “Blog tu apa?”.
[Reply]
tidak ramai yang tahu pasal dunia blog sebenarnya. ada juga yang tanya, apa itu hosting? apa itu domain? dan macam2 lagi. hu3.
[Reply]
Oh ho. Apa nak buat :D mungkin kita hanya perlu tunggu and tunggu….tapi kalau sume dok tunggu, apa pun tak jadik…
[Reply]
blog kat mesia nie pun dah makin power dan terbukti biler dah ade dua company pengiklanan internet dibuka baru-baru nie.. :D
[Reply]
sikit-sikit lama-lama bukit kena tarah.ramai la yang nak buat blog sebab bukit dah takder…takyah panjat jalan terus jer.hehhe…
[Reply]
btul tu aman. Makin bertambah elok berbanding dlu…
eks? dalamnya maksud alongvtx?
[Reply]
pada pandangan saya,kebangkitan blog bermula sejak 3 atau 4 tahun lepas..dimana blog percuma mula popular..saya sendiri ade setup blogspot tahun 2004 setelah melihat banyak blogger dari malaysia yg ade blog sendiri.Dan setup satu adsense blog pada tahun 2005.
Tetapi pada waktu itu fungsi blog hanya popular sebagai personal blog/catatan pribadi harian..Sebenarnya pada mase itu adsense telah pun rancak dibicarakan dia luar( terutamanya US).Sebilangan webmaster dimalaysia yg aktif mencari sumber luar juga turut mengambil peluang sama..
Cuma tahun lepas lebih ramai yg mempunyai blog berbayar sendiri..setelah ramai blog marketer dari malaysia melakukan promosi besar2ran…
sekarang ni pun dah ramai blogger malaysia yg pandai menggunakan sosial network spt technorati dan mybloglog..
[Reply]
Kita tunggu suku ketiga tahun ni, saya menjangkakan blogsphere dimalaysia akan BOOM!!.
Why?… takper.. kita tunggu dan lihat je dulu.
[Reply]
oh? Shuth ada projek besar nampaknya :D Yosh!
[Reply]
ermm..nampaknya macam ade kejutan je..
suku ke-3 ye?tak sabar nak tengok apa yg bakal dibawa oleh shuth and the gang..
[Reply]