Apakah perbezaan antara laman web dengan blog? Kelebihan blog berbanding laman web html?
Assalamualaikum wbt.
Baru-baru ini saya terjumpa satu artikel yang ditulis oleh Kidino mengenai blog vs content-sites. Satu artikel yang saya kira sangat menarik lalu saya simpan di google notebook untuk dibaca di kemudian hari. Hari ini barulah saya mampu membaca mengenai post menarik dari Kidino.
Beliau menyatakan blog adalah lebih baik dari content-sites. Bagi saya, Content-sites yang dimaksudkan adalah laman web biasa yang mungkin bertujuan untuk adsense.
Disini saya rumuskan hujah beliau beserta pendapat saya:
- Ping
Beliau menyatakan bahawa melalui ping di web technorati, artikel tersebut akan mendapat link balik dan ianya memberi kesan kepada blog beliau.
Saya bersetuju dengan beliau. Amatlah positif.
Namun satu perkara yang saya sedari, komen spam akan turut bertambah. Semakin banyak saya menambah web ping, semakin banyak komen sampah yang saya terima..oh, banyak komen ghairah tapi bukannya dari shuth ;p
- Trackback
Beliau memberikan contoh yang amat bagus mengenai trackback ini. Anda bacalah disana
Bagi pengguna wordpress, terdapat 2 situsasi yang saya sedari:
Situasi 1: orang lain meletakkan link dan artikel saya dib log beliau tanpa trackback
Saya menyedari hanya dengan melihat incoming link di bahagian admin, di bahagian dashboard.
Situasi 2: beliau meletakkan trackback.
Maka dibahagian komen saya, akan dipaparkan nama beliau dan sedikit apa yang beliau bincangkan dib log tersebut.
Tapi saya perasan satu perkara dib log berbahasa Melayu sekarang, masih-masih kedekut membuat linking post. Ops, mungkin bukan anda tapi en.A. Jika anda berjumpa dengan website yang membincangkan tajuk@ topic yang sama dengan anda, janganlah penat-penat menulis balik apa yang ditulis oleh beliau (kita tak cakap pasal copy paste ya). Gunakanlah fungsi trackback.
- Komen
Saya percaya ramai yang tahu fungsi ini cuma sesetengahnya mungkin memilih untuk mengambil input sahaja, tanpa memberi komen. Anda bagaimana? Harap jadi pembaca aktif dari pembaca pasif o/
- Tabiat Linking
Tabiat yang harus sebenarnya bagi seorang blogger. Saling bertukar link, meminta link, memberi link..apa lagi ye darling? ;p
- Penyenaraian di enjin carian dengan pantas
Beliau menyatakan blog beliau yang baru mampu disenaraikan kurang dari 7 hari.
Oh, memang inilah yang sentiasa kita dengar. Rajablog juga disenaraikan kurang dari seminggu. Yosh!!
- Pelawat Berulangan
Boleh dikatakan sekarang hampir kesemua blog sekarang mempunyai rss feed. Saya percaya inilah faktor pelawat yang berulangan selain blog tersebut perlu mempunyai nama yang senang diingat. Hurm, setakat ini bilangan repeating visitor rajablog masih tidak mampu mengatasi bilangan pelawat dari referal.
- Lebih Menyeronokkan!
Berdasarkan tulisan kidino, beliau menyatakan blog beliau mampu mencapai 1000 pelawat sehari dalam masa 6 bulan, sesuatu yang tidak boleh dicapai bila menggunakan laman web biasa. Wah, sekarang anda pun mesti teruja.
?Harap-haraplah pembaca blog saya pun dapat cecah macam tue suatu hari nanti. Tak kesah lah blog mana pun :)?
Ikuti post tersebut dengan klik disini

Welcome to Rajablog.info from Ramzan! I graduated in Information Technology from UTP and now working as Programmer and Technical Director

Sep 18th, 2006 at 9:12 am
Menarik post ni. Cuma, saya masih tak berapa faham tang trackback tu. InsyaALLAH, saya nak buat sedikit research tentang trackback ni…yang simple-simple je ;-)
[Reply]
Sep 18th, 2006 at 11:42 am
Betul saya pun tak berapa faham pasal trackback terutama perenggan terakhir
[Reply]
Sep 19th, 2006 at 10:40 am
insyaAllah sy akan keluarkan post mengenai trackback ini.Thanks
[Reply]
Sep 20th, 2006 at 10:38 pm
yup.. fungsi blog yang utama ialah feed. tapi ada satu lagi masalah… orang biasa-biasa tak pandai baca blog (pening). tapi lama² nanti ok ler kot.
[Reply]
Oct 12th, 2006 at 12:37 pm
Berdasarkan tulisan kidino, beliau menyatakan blog beliau mampu mencapai 1000 pelawat sehari dalam masa 6 bulan, sesuatu yang tidak boleh dicapai bila menggunakan laman web biasa. Wah, sekarang anda pun mesti teruja.
[Reply]