Apa yang perlu anda pelajari untuk design blog yang menarik?
Saya pernah bercerita kepada anda mengenai seorang professional mengenai yang mahu memulakan blogging sebelum ini, dan semasa berbual saya terpaku dan terskru sekali sebab belaiu berkata kat saya, beliau dah belajar php dan html.
“Huh? Php? Buat apa?” saya bertanya, tapi dalam hatilah.
So bila saya balik ke rumah, perbualan mengenai hal tersebut bermain di fikiran saya, buat apa beliau belajar php sedangkan umurnya sudah 50-an? Saya tidak kolot malahan saya setuju beliau menggali sebanyak mana ilmu yang perlu bahkan islam jugak menggalakkan umatnya senantiasa belajar sehingga akhir hayat. Tapi persoalannya, perlukah beliau belajar php? Adakah ia terlalu penting?
Bagi saya, cukuplah sekadar basic dan tidak perlu sampai mendalam kerana saya risau banyak masa pulak yang dihabiskan untuk belajar benda yang tak pasti begitu berguna tak kepada anda. So hari ini saya ada tips untuk anda, mana satu yang anda harus
tekankan nanti.
Adakah Anda mahu blog anda lawa, mengikut kemahuan anda?
Jika anda mahu blog anda lawa, cantik, kemas dan bergaya maka apa yang anda harus pelajari adalah CSS kerana language inilah yang membolehkan anda mengubah template blogger, wordpress mahupun mana-mana jenis blog sekalipun. Mempelajari CSS adalah lebih berguna dan penting dari belajar PHP dalam keadaan ini. Anda boleh ambil template percuma dan lakukan sedikit perubahan agar design tersebut unik dan mengikut tema blog anda.
Adakah anda mahu design sendiri blog anda?
Jika anda mahu design blog anda mempunyai 100% dari rekaan anda, maka skill yang anda harus tekankan adalah designing menggunakan photoshop, CSS dan memahami struktur/coding platform blog anda – tidak semestinya php. Sebagai contoh blogger menggunakan xml, so kalau anda belajar php semata-mata untuk design blog di blogger, tak kenalah jawabnya. Tak dapat pakai.
So jika anda mahukan design yang lawa, better belajar mengenai CSS, itupun kalau anda rasa anda dapat buat codinglah. Tapi jika anda ada modal, suka invest, saya cadangkan anda upah aje..
p.s: saya baru je nak belajar CSS ni dari seorang rakan blogger. Belajar slow-slow. Rasa rugilah tak belajar secara mendalam mengenai css dlu, oh!
p.s: saya sedang ubah theme untuk blog perpustakaanmaya (dah lama nak ubah..) baru seronok carik team mate and menulis di sana nanti, InsyaAllah
“cukuplah sekadar basic dan tidak perlu sampai mendalam kerana saya risau banyak masa pulak yang dihabiskan untuk belajar benda yang tak pasti begitu berguna tak kepada anda.”
Itulah masalahnya…semua nak pulun.Pas ni nak ubah, buat satu-satu.Ok,nak cari mp3 step by step(NKOTB)lama tak layan…
[Reply]
ramzwatcher Reply:
June 21st, 2007 at 6:45 pm
oh? apa tu NKOTB? saya tatau along..
[Reply]
NKOTB setahu saya New Kids On The Block.. Ada makna lain?? Hehehee..
RajaBlog, saya rasa anda sangat muda kerana tak kenal NKOTB.. Kumpulan ini popular semasa saya berumur sekitar 12 – 15 tahun..
P.s.: Saya dah guna plugin Threaded Comments.. Memang best.. Dan alhamdulillah, fontnya tak mengecil.. Mula2 dulu download, kecil macam awak punya juga.. DOwnload yang baru ni, OK plak..
[Reply]
ramzwatcher Reply:
June 23rd, 2007 at 9:59 pm
oh? saya masih mude rupenya..hehe
kalau baru tak mengecil ye. nanti saya nak cuba yang baru gak la camtu :D
[Reply]
Hm.. betul tu ramz.. nak belajo php kalau nak buat fully website okaylah.. atau nak buat sistem kat web ..
saya pun tgh study pasal css nie..
anak ejas sket blog ligakampung.com
masih tercari2 idea yang sesuai/…
[Reply]
ramzwatcher Reply:
June 23rd, 2007 at 9:59 pm
carik idea dengan tengok web lain yang popular zool. Senang sket nak dapat idea.
[Reply]
Betul la nkotb tu cikgu sebab kita sebaya…Ram tak sempat kot zaman tu.
Berkenaan topik,soalan untuk Ram.
Css nyer code banyak beza ke dengan yang lain?Banyak sangat code yang masuk kepala ni sekarang.
P/S-Patut la buku davinci code best seller…
[Reply]
ramzwatcher Reply:
June 23rd, 2007 at 10:01 pm
hahaa..ada ka macam tu..
kod css ni untuk rupe ajelah. Dia bukan untuk function. Kalau nak edit template blog wordpress, blogger @ lain2 lagi senang and bleh wat suke atilah..
[Reply]