Anda Berada di > Muka Utama / Promosi Blog / Adakah Menghantar Web Blog Anda ke Direktori Relevan?

Adakah Menghantar Web Blog Anda ke Direktori Relevan?

Ketika menulis artikel ini, saya baru sahaja selesai menggunakan beberapa software edisi trial untuk menghantar salah satu laman blog saya ke laman Direktori Percuma. Ini kerana ia dikatakan mampu memberikan backlink 1 hala (link ke web blog anda sahaja).

1wayBacklink Adakah Menghantar Web Blog Anda ke Direktori Relevan?

Imej Contoh backlink 1 hala

Jika suatu masa dahulu mungkin ya, tapi sekarang? Ia menimbulkan tanda tanya kepada saya terutama setelah google melakukan pelbagai perubahan seperti mengelak duplicated content dan cara menilai link seperti tidak membenarkan follow dan seumpamanya. Jadi saya telah melakukan eksperimen tentang perkara ini.

Sebelum itu, apa itu Web Directory?

Web Directory merupakan satu direktori web, atau lebih mudah dikatakan himpunan web dalam satu kategori yang sama contohnya seperti kategori komputer, politik dan seumpamanya. Ia bukanlah seperti satu search engine yang menyenaraikan laman web dan blog berdasarkan keyword, sebaliknya berdasarkan kategori tertentu.

Sesetengah direktori adalah umum; memaparkan pelbagai web dalam pelbagai kategori atau bahasa. Namun terdapat juga direktori spesifik seperti hanya memfokuskan untuk satu bahasa, atau bidang tertentu. Direktori RajaBlog pula tergolong dalam niche directory atau direktori spesifik. Contoh direktori yang terkenal adalah seperti  Direktori Yahoo! dan juga  Open Directory Project (ODP).

contoh-kategori-direktori

Imej contoh kategori direktori

Jenis Penyenaraian Direktori

Direktori akan memaparkan web yang tersenarai mengikut jenis penyenaraian seperti:

  • Penyenaraian Percuma - tiada sebarang caj dikenakan
  • Reciprocal Link - satu link timbal balik diperlukan dari web atau blog anda untuk memastikan blog anda juga tersenarai ke direktori terbabit
  • Penyenaraian Berbayar - Anda membayar sekali atau sebulan sekali bergantung kepada pemilik direktori berkenaan.
  • No Follow - tiada attributes rel=”nofollow” akan diberikan kepada anda, iaitu search engine tidak akan follow link web anda.
  • Penyenaraian Featured - link web anda diberikan satu kedudukan premium atau khas seperti di bahagian 3 teratas dalam satu-satu kategori atau seumpamanya
  • Bidaan Penyenaraian- anda membayar mengikut harga tempat yang anda mahukan.

Adakah Direktori Masih Relevan?

SearchEngineGuide.com berkata bermula 8 bulan lepas, penyenaraian di direktori menjadi tidak relevan, bergantung kepada direktori yang digunakan.

They don’t pass any link popularity and they drive zero traffic. If inclusion in the directory is free that is one thing, but if you are paying a fee, you better make sure that you are going to get some value out of your investment.

Antara sebab ia dikatakan tidak relevan dalam sesetengah direktori adalah kerana:

  • Tiada Trafik - Kebanyakan direktori tidak menghasilkan banyak trafik untuk diri mereka mahupun untuk web yang disenaraikan.
  • Tiada Daya Penarik - Direktori biasanya tidak memaparkan maklumat semasa dan kadang-kala tidak mempunyai banyak web yang disenaraikan di dalam direktori mereka.
  • Tidak di senaraikan di SE - Kebanyakan laman direktori tidak berada dalam kedudukan yang baik dalam Search Engine (SE) bahkan ada yang tidak disenaraikan untuk kategori tertentu. Cuba anda taip apa-apa perkataan, pernahkan anda lihat satu direktori dipaparkan? Saya tak pernah!
  • PageRank yang lemah - Google PageRank bukan segalanya tapi ia penting memandangkan direktori akan memberikan backlink kepada anda. Maka ia adalah penting untuk membantu anda disenaraikan pada direktori yang mempunyai PR 5 dari direktori yang mempunyai nilai PR 1.

Artikel seterunsya kita akan membincangkan mengenai bagaimana menghantar web atau blog anda ke web directory dengan lebih pantas dalam masa yang singkat dari penghantaran manual menggunakan beberapa perisian.

p.s: Anda juga boleh hantar link ke http://direktori.rajablog.info

Entri Berkaitan

  • Tiada Entri Berkaitan

Leave a Reply

You can use these XHTML tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <blockquote cite=""> <code> <em> <strong>