Mengenai Kami

Assalamualaikum wbt.

Mengenai Kami? Haha…Sebenarnya projek ini hanya ada saya seorang sahaja tapi jika berkembang, mungkin perkataan ‘kami’ akan dramzan Mengenai Kamiigunakan.

Sedikit Mengenai Saya, nama saya ialah Mohd Ramzan Bin Rozali, berasal dari Kelantan Dari Naim, Bandaraya Islam.

Mengapa saya mewujudkan rajablog.info? Adakah saya poyo dengan menamakan diri sebagai raja blog? Jika anda lihat banner kecil selepas setiap post, anda akan dapati: Cita-citaku mahu menjadi Raja Blog! Ya, saya sedang berusaha ke arah itu dan saya akan memberikan segala info, tutorial mengenai blog kepada anda secara percuma!

Adakah saya mahu menyekat pendapatan orang yang membuat servis bersabitan dengan blog?
Tidak sama sekali. Saya percaya yang semakin banyak ilmu yang saya curahkan,semakin banyak yang saya akan dapatkan. Saya sedar diri saya bukanlah seorang pakar blog tetapi saya percaya saya akan menjadi salah seorang dari mereka.Saya memulakan blog pertama saya di blogspot pada akhir tahun 2005 dan blog terakhir blogspot saya adalah tipblogger.

Niat saya adalah untuk memberi dan menyebarkan ilmu mengenai blog kepada rakyat Malaysia yang mahu belajar dan yang mahu tahu, khususnya golongan sederhana dan kebawah seperti saya juga.

Saya menyedari kurangnya blog berbahasa Melayu yang mengajar mengenai teknikal, mahupun fakta mengenai blog maka sebab itulah saya hadir, menawarkan diri sekadar yang termampu. Konsep saya, anda mahu belajar, anda selalulah melawat ke blog ini.

Apakah yang akan saya ajarkan dan bagaimana cara mengajarnya?
Saya akan cuba menulis post pada setiap hari dan saya akan menggunakan pelbagai kaedah seperti gambar dan video dalam versi flash pada post dan kemudiannya boleh dimainkan di bahagian galeri video.

Semoga anda dapat manfaat dari info yang saya ketahui ini. Sebar-sebarkanlah ilmu!

19 Responses to “Mengenai Kami”

Leave a Reply