8 Tanda Anda perlu berehat dalam blogging!

Assalamualaikum wbt

Kadangkala dalam blogging, kita perlu berhenti seketika dan
merehatkan diri ? tidak memaksa diri untuk terus menerus menjaga dan menulis di
blog mereka. Tapi atas sebab apa?

Ini adalah 8 situasi yang memerlukan anda perlu berehat
dalam blogging, yang saya ambil dan ulas dari problogging.net :

  1. bloggers
    block atau halangan

Pernahkah ketika anda mahu update blog anda,
anda merasakan

?ah, tak de idea la pulak?

atau
mungkin setelah anda menulis 2-3 patah perkataan, anda sudah tidak mampu
menulis apa-apa lagi. Oh ho, itu bererti anda perlu berehat.

  1. Bila
    semuanya mahu ditulis di blog

Anda bermasalah bila anda mahu menulis
bermacam-macam perkara dib log anda. Anda mahu menulis apa yang anda lakukan
pada pagi hari, pada waktu berkerja atau apa-apa jua yang anda lakukan ?
sememangnya anda perlu berehat terutama kepada blog yang tertumpu kepada topik
tertentu.

?Aih, takkan
blog pasal teknologi nak tulis pasal sarapan anda??

  1. Bila
    blogging merenggangkan keluarga

Wah, agak ekstreme jika benar ada yang macam
ni. Tapi semuanya tak mustahil, kan
manusia ada pelbagai ragam. Mungkin juga ada yang blogging dari pagi sampai
malam, tak hiraukan anak mahupun isteri. So anda perlu berehat jika anda berada
dalam keadaan ini.

  1. Bila
    anda mengharapkan bulan jatuh ke riba atau terlalu mengharapkan sesuatu
    yang baik berlaku dengan pantas.


Sesetengah orang menggangap setelah mencipta
blog selama sebulan, mereka mampu berhenti bekerja atau belajar dan
mengharapkan duit yang banyak dari blog mereka. Anda patut berhenti dan berehat
dari dunia blogging dan patut menyedari dalam apa pun yang anda lakukan, ada
sakit pahitnya sendiri.

  1. Bila
    kesihatan terganggu

Sihat paling berharga ketika sakit. Jadi
lupakan mengenai blog anda sementara dan rehatlah. Kalau dah sihat, pasti anda
mampu blogging dengan bertenaga dan menarik!


  1. Bila
    hujung minggu

Sememangnya ini adalah masa rehat yang
terbaik ? untuk keluar shopping mahupun tengok wayang. Anda boleh siapkan post
untuk blog anda awal-awal untuk entri@ post pada hujung minggu.

  1. Bila
    anda makan angin

Masa rehat yang berbayar dan amatlah rugi
jika ketika ini anda pening kepala memikirkan apa yang mahu anda post dib log
anda! Rehatlah sepuas hati mu. (oh ya, takkan la makan angin lebih dari
seminggu kan?
)

  1. Bila
    tidur anda terganggu

Kadangkala tidur saya juga terganggu kerana
mencari bahan-bahan untuk blog dan projek saya. Mata pun jadi letih dan kuyu.
Rehat dari blogging sementara mampu membuatkan saya cergas kembali.

Dan ketika saya menyiapkan post ini saya
terfikir, bukankah tubuh kita akan memberikan kita signal untuk meminta rehat?
Tangan menjadi lenguh, mata menjadi pedih dan mulut menguap?.

Entri Berkaitan

  • Tiada Entri Berkaitan

6 Responses to “8 Tanda Anda perlu berehat dalam blogging!”

Leave a Reply