2 Sebab saya berhenti menggunakan widget WeShow.com
![]()
Jika anda melihat screenshot yang telah saya letakkan, ia sebenarnya adalah gambar dari widget blog ini. Apa yang mengecewakan saya ialah kegagalan widget ini dalam 2 perkara iaitu:
- Fungsi klik untuk tonton tidak berjaya
Saya telah banyak kali mencuba tetapi malangnya saya masih belum berjaya untuk menonton video dari widget ini, padahal sepatutnya setelah anda klik pada imej di widget tersebut, ia akan terus memaparkan video terbabit.
Jadi ia merupakan kegagalan dan mampu mengecewakan sesiapa yang cuba klik untuk menonton.
- Menunjukkan Gambar Snapshot yang salah
Saya mula menyedari hal ini 2 hari yang lepas dan saya tak pasti bila ia sebenarnya berlaku. Snapshot yang ditunjukkan bukan dari video saya walaupun apabila anda tunjukkan imej tersebut dengan tetikus anda, ia akan memaparkan tajuk video-video saya. Ini tentunya mengecewakan saya sebagai pemilik dan penghasil video ini.
Kini telah tiba masanya untuk saya membuang widget ini dari Rajablog.info dan memikirkan alternatif lain yang lebih dipercayai serta mampu berfungsi dengan baik. Tidak hairanlah blog terkenal seperti blogherald juga telah membuang widget ini dari blog mereka. Adakah anda pernah menggunakan widget weshow dan mempunyai masalah yang sama? Atau pernah berasa kecewa apabila klik pada widget tersebut dengan harapan dapat menonton tetapi tak dapat-dapat? Kongsi pengalaman anda bersama saya.

Welcome to Rajablog.info from Ramzan! I am Information Technology Student of UTP that loves to blog and learn how to maximize the usage


Leave a Reply