14 Cara mendapatkan pelawat
Assalamulaikum semua. Ceriakan hari-hari anda, Yosh!
Dari semalam lagi internet kat sini down. Sedih betul tak dapat lihat website dan blog saya. Sekarang saya tengah dalam pembikinan blog perpustakaan maya yang akan menggunakan 100% wordpress, tidak kira keahlian percuma atau berbayar. Berhenti cerita saya disini, kita teruskan pada topik asal ya.
Komponen utama untuk sesebuah blog untuk menambah pendapatan dari program google adsense adalah trafik pelawat. Kedengaran mudah tetapi sukar untuk dilakukan selain mengambil masa, tenaga dan kesabaran. Saya akan pecahkan kepada 5-6 episod untuk siri 14 Cara mendapatkan pelawat. Saya juga sedang mempraktikkan cara dibawah.
Mari kita lihat cara mendapatkan pelawat:
1. Ranking yang baik di enjin carian. Seperti laman web yang lain, anda perlu mendapat tempat yang baik dalam enjin carian. Menurut statistik dari rajablog, saya dapati lebih 50% dari pengunjung adalah pelawat baru yang datangnya dari google.
Bagaimana ingin mendapatkan ranking yang baik? Ini memerlukan kajian terhadap keyword yang permintaannya ramai dan persaingan yang sedikit.
2. Kualiti isi kandungan blog dan keasliannya
Sebuah blog yang maklumatnya tiada, dan hampir sama dengan kandungan kebanyakan blog membuatkan pelawat tawar hati.
?Asyik-asyik tajuk yang sama aja??
atau mungkin juga lebih teruk:
?cis, ambil maklumat dari blog aku. Dahla tak letak kredit dari aku!?
Tak salah kalau kita mahu mengambil maklumat dari artikel, asalkan kita meletakkan kredit kepada penulisnya(letakkan nama dan url artikel tersebut). Etika perlu dijaga terutama bagi anda yang membina blog untuk peringkat antarabangsa.
Baiklah, kita sambung hari esok untuk siri ini. Semoga anda dapat memikirkan adakah blog anda mempunyai 2 ciri diatas.
[...] Hehe…jowo lah sikit hari ni. Oklah, anda sekarang bersiaran bersama dengan saya dalam episod 14 cara mendapatkan pelawat, episod ke-3 dari siri ini iaitu cara ke-6 hingga cara ke-8. Post sebelumnya: http://rajablog.info/blog/?p=53″>Cara 1-2, http://rajablog.info/blog/?p=55″>Cara 3-5 [...]
ya…! teknik rahsia mendapatkan pelawat ke blog/web ini memang berkesan. ya! saya amat setuju dengan teknik ini. jika ada siapa ada teknik lain boleh la kongsikan bersama.
[Reply]