14 Cara Mendapatkan Pelawat: Cara 9-11
Post sebelumnya dalam siri 14 Cara Mendapatkan Pelawat: Cara 1-2, Cara 3-5, Cara 6-8
9. Berhubung dengan pembaca anda
Balas komen yang dihantar di blog anda dan di blog pemberi komen. Sebagai seorang blogger, kita perlulah bersedia untuk menerima teguran. Ini juga boleh membantu mendapatkan pelawat berulang.
Baiklah, sekarang kita lihat blog yang boleh menjadi contoh seperti blog Dr.Irfan Khairi, shuth dan alang (webmaster malaysia), semuanya pasti akan menjawab setiap komen anda. Mereka berinteraksi!
Saya juga sedang mahu meniru perilaku ini ;p
p.s: beberapa hari lepas saya tak perasan ada komen. Harap anda tak begitulah ya. : )
10. Meletakkan feed dan langganan email.
Pastikan pelanggan feed mendapat khabar tentang post terbaru anda. Walaupun mereka mungkin tidak sempat melawat blog anda, tapi mereka tahu secara kasarnya apa yang berlaku!
Jika anda mahu mereka melawat blog walau setelah melanggan feed, pastikan setting feed anda adalah separuh (summary) sahaja. Ini membantu page impression mahupun adsense anda. Kan sekarang ramai orang berblog kerana adsense. hehe
11. Tag dan Ping.
Bagi pembaca buku raja adsense, anda pasti tahu caranya bukan?
Tag dan ping boleh membantu trafik blog. Sejauh mana? Saya masih tidak pasti Cuma pada pendapat saya masih lagi sesuai untuk blog berbahasa Inggeris.
(jika gunakan wordpress, plugin dah ada. Tak kesah bahasa ape pun. Blogger senang juga cara dibawah)
Hari ini saya akan dedahkah laman web yang akan memudahkan kerja anda membuat tag technorati, del.ici.ous dan rocket iaitu melalui http://keotag.com
Saya selalu menggunakan servis ini terutama untuk tag post blogger. Saya percaya anda akan menghargai servis ini. |o|
Komen anda?

Welcome to Rajablog.info from Ramzan! I am Information Technology Student of UTP that loves to blog and learn how to maximize the usage


Jun 30th, 2008 at 9:41 am
waa…ini betul2 satu ilmu yang berguna untuk kita semua. apa yang penting lepas anda da tau semua teknik ni amalkan. jika tak amal rugi je baca…pisss
[Reply]
Jul 19th, 2008 at 1:52 am
Salam, saya pernah membaca e-book produk antarabangsa di mana cara mereka agak unik jika anda perhatikan. Ada di antara mereka suka memberi produk percuma dan paling menariknya, mereka menggunakan ilmu yg ada pada mereka untuk memberi informasi yg cukup berguna pada sesiapa yg memerlukan khidmat mereka dan secara percuma tunjuk ajar terutama pada marketers. Ini kerana, trafik yg berpuas hati = menjadi sebutan para traffik yg lain dan secara tidak langsung mereka akan menambahkan lagi unique visitor. Kuncinya, words of mouth. Lagi ramai yg berpuas hati, lagi ramai unique visitor mereka. Menakjubkan.
[Reply]