14 Cara Mendapatkan Pelawat: Cara 6-8
Yosh! Kabare? Waras ya?
Hehe…jowo lah sikit hari ni. Oklah, anda sekarang bersiaran bersama dengan saya dalam episod 14 cara mendapatkan pelawat, episod ke-3 dari siri ini iaitu cara ke-6 hingga cara ke-8. Post sebelumnya:
Cara 1-2,
Cara 3-5
6. Menyertai forum dan group.
Menyertai forum dan group (oh..saya belum sertai mana-mana group rupanya) juga dapat meningkatkan trafik sama ada melalui signiture ataupun di ruangan berkenaan.
Jika anda masih baru mencuba untuk menggunakan blog, saya percaya forum raja adsense (http://rajaadsense.com/forum) amatlah sesuai untuk anda tetapi lebih fokus kepada pembeli buku raja adsense. (ps: saya akan review ebook beliau nnt..thumbs up!).
Taip “malaysia forum atau malaysian forum” untuk senarai forum berpanjangan. ;p
7. Selalu Mengemas kini post anda.
Pernahkah anda dengar bahawa blog lebih senang naik kedudukan ranking di enjin carian seperti google? Memang benar!
Rajablog sendiri sebenarnya mendapat booster untuk naik ke kedudukan yang agak baik dalam enjin carian kerana telah mengambil post dari blog terdahulu. Post yang banyak sekaligus akan membantu teknik seo yang digunakan.
Bagaimanapun, pernahkah anda mengalami semangat menulis post bermusim seperti saya? Untuk mengatasinya, anda perlu komited dan menggunakan peluang sebaiknya ketika ?musim rajin? menghasilkan post. Anda tulis sebanyak mungkin dan simpan di dalam draft. Kiasan saya, ?Pokok bunga yang selalu disiram pasti akan tumbuh membesar?.
8. Post berperenggan dan tersusun.
Aplikasikan apa yang dipelajari di sekolah dahulu. Karangan hendaklah berperenggan. Ini juga mengelakkan post anda nampak panjang dan lurus. anda tidak perlukan teknik rebonding untuk post, cukup untuk rambut.
Gunakan juga warna-warna untuk teks anda. Kalau isi penting, tebalkan. Senangkan pengimbasan dan pembacaan blog anda. Sedarkah anda bahawa berlaku pengimbasan terhadap blog anda sebelum pelawat membacanya? Contoh dunia nyata senang, lelaki akan imbas perempuan yang lalu dihadapan sekelip mata dulu..ala..kerling-kerling sikit kalau tak banyak pun…
Isk….terpengaruh dengan post ghairah shuth ke saya nie ;p

Welcome to Rajablog.info from Ramzan! I am Information Technology Student of UTP that loves to blog and learn how to maximize the usage


Aug 23rd, 2006 at 8:47 pm
Salah satu cara “social engineering” dalam mendapatkan free attetion kepada website anda ialah dengan meng-klik link website penghantar komen laman web (atau blog) anda. Lagi banyak klik lagi bagus. Ini akan menambah log referer website anda di dalam website tersebut. Secara tidak langsung si penerima referrer akan terasa curios, “eh ada link reff laa dari site …?!” lalu beliau akan melawat laman web tersebut.
[Reply]
Jul 29th, 2008 at 7:44 pm
salam saudara Ramz. Memang sesuatu info yang menarik. Saya nak tanya sket, macammana saudara tau yang kunjungi blog saudara daripada wangsiber dll. Ramz check katne???
Lagi satu, saya ingat nak link exchange dengan ramz. okey x???
Bisnes TDTone
“MUDAH & MENGUNTUNGKAN”
Khairuls last blog post..Kawal PC Dengan TeamViewer
[Reply]