14 Cara Mendapatkan Pelawat: 3-5

Assalamualaikum semua :)

Yosh! Ganbate na~(berusaha!) :)

Hari ini kita akan sambung pula post semalam tentang 14 cara mendapatkan pelawat. Inilah adalah episod ke-2 siri ini.

Sebelum saya menyambung post semalam, Sudahkah anda mempunyai blog? Kalau tiada, cubalah! Pasti anda akan gembira kerana mampu melepaskan segala-gala di blog meskipun tiada orang yang membacanya. Dulu saya tak suka menulis tapi sekarang, hari-hari ada post terbaru lor.. ;-p

Baiklah, kita teruskan dengan cara 3-5:

3. Reka bentuk blog yang menarik. First Impression tetap memberi impak pada pelawat yang datang. Sebagai seorang blogger, saya (anda juga) perlu mempunyai rekabentuk menarik dan mudah di navigasi (err..mudah mencari post dan sebagainya lah). Saya teringat kepada ebook yang ditulis oleh mysticmind:

Peoples said; DON?T JUDGE THE BOOK BY IT?S COVER. (tapi kalau cover dia gambar awek seksi? Semua orang jeling-jeling kan?)

Lucu tapi bermakna tetapi itulah kebenarannya
(saya juga lelaki, tahulah ;p)

4. Hubungkan rangkaian blog anda (links).

Jangan kedekut meletakkan link orang lain di dalam post atau blog anda. Kalau mahu blog lain meletakkan link blog anda di blognya, rajin-rajinlah memberi komen. Jika anda banyak di hubungkan oleh blog orag lain, ini dapat membantu meningkatkan page rank atau carian blog anda.

Berdasarkan pelawat dari rajablog, saya dapati kebanyakan pelawat datang dari wangcyber, rajadsense dan blog smartusaha. Kesemuanya datang dari backlink :)

5. Memberi komen blog orang lain

Jika anda rajin memberi komen dan pandangan kepada blog orang lain, dah tentu mereka akan sekurang-kurangnya melawat blog anda. Ingat tak bahawa sesiapa yang ingin memberi komen perlu mengisi maklumat nama pengguna blogger? Di akhir komen anda, pasti akan tertera alamat blog anda.

Saya pernah menerima komen dan tidak tahu siapakah yang memberi komen. Nak tak nak, saya klik pada nickname beliau kerana saya nak tahu siapakah gerangan pemberi komen. Jika saya sukakan blog beliau, terus bookmark :)

Saya suka menekankan konsep timbal balik. Jika baik di balas baik, jika jahat akan dibalas jahat juga. Jadi jaga tatatertib anda ketika memberi atau membalas komen.

 

Komen anda?

Entri Berkaitan

  • Tiada Entri Berkaitan

11 Responses to “14 Cara Mendapatkan Pelawat: 3-5”

Leave a Reply